-mY sLiDe p!C-

Followers

Thursday, November 25, 2010

_aq sE0rAnG wAniTa_

kerana aku wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku

kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku

kerana aku wanita 
air mata teman setiaku

kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

kerana aku wanita
aku damba pertolongan darimu Adam


peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku

kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku


peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohmu

kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu


kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku


saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali

kerana aku wanita
aku memang sangat peka


maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya

24*11*10

Ya Allah…dengarkan rintihan hambaMu ini Ya Allah..
Ya Tuhan ujianmu singgah lagi..menguji tabahnya sekeping hati milik insan yang kurangnya serba serbi..namun datangnya kali ini benar-benar menyentak sanubariku…
tidak pernah kurasakan seberat ini..
Ya Tuhan, dugaan apakah ini?

Ya Tuhan..Kau maha mendengar setiap bait doaku kepadaMu…
tidakku nafikan apa yang Dia mahu…tidakku berpaling dariMu tatkala musibah ini menimpa diriku..
Aku akan tetap berjuang..berjuang mengembalikan keadaan kepada sedia kala..tapi..adakah aku mampu Ya Allah? Kerna aku hanyalah insan lemah yang sentiasa mengharapkan pertolonganMu..

namun datangnya ujian jauh dari jangkaan..
hadirnya menggugat ketenanganku..menyentap perasaanku..
hingga lidah terkelu tidak berlisan..membuatku buntu fikiran..
tak tersangka ini dugaannya Tuhan..

tetapi siapalah aku untuk menghalang ujian untuk bertandang dalam hidupku..bahkan Rasulullah kekasih Allah pun diberikan mehnah dan ujian..inikan pula aku yang penuh dosa noda..
Ya Allah…kuyakin sepenuhnya pasti ada hikmahMu..pasti ada..
sedikitpun tidak pernah kuragu..sekelumit sangsi tidak bertapak di hati ini..
aku terimanya dengan qada’ dan qadar..
mampukah aku untuk terus gagah menyusuri jalan ini..?

Apakah jalan yang terbaik buatku?
Apakah jalan terbaik untuk hubungan yang kian retak ini?
Semuanya hanya kerana ukhwah ini..
Tiada yang lain melainkan untuk ukhwah kerana Allah..
dan aku harus redha dengan apa yang menanti..jalan di hadapannya pasti sukar..

Untuk diriku yang lemah..
yakinlah Allah sedang menguji hambaNya..
apakah benar mereka redha dengan ketetapanNya..
apakah benar mereka ikhlas berada di jalanNya..
apakah benar mereka yakin dengan janjiNya..

walau apapun jawapannya nanti dari sang Pencipta,doaku, janganlah ada hati lain yang terluka..
takkanku izinkan dia kecewa berselimut duka..kerana kuyakin dengan seikhlas hati bahawa menyakiti itu lebih menyakitkan dari disakiti..dan melukai itu lebih melukakan dari dilukai..

Bersyukurlah atas apa yang pernah berlaku dalam hidupmu,Alya..
kerana Allah yang maha mengetahui setiap sesuatu..

Friday, November 19, 2010

-aLaMak MaLunYa aQ-

erm pagi ni x tau lh apa yg x kena da lah keta sewa x amik adui....pas 2 jmpa ngan kwn d ajak plak p breakpes ikut jak lh niat nak belanja dia duduk2 sambil crita2 skali last2 x sangka plak air dia tertumpah kat baju aq adui makkkkkkkk.....erm nasib lh kwn lau x adui mcm aq mo lempang jak muka dia da lh aq baru pakai baju kurung ni d cerak ngan tongkat ali plak hahahahah...huhu kwn dia neok2 jak tapi malu nya aq mcm mo nangis juak tapi tahan jak lah apa blh buat org ramai ....harap2 dorg x da ckp apa2 sal peristiwa 2,habis basah smua bju aq terpaksa lah aq kc kena ekon sempat juak kering hehehehh lau mo d ingat gelak sendiri org fikir gila hahahahha napa lah blh jadi macam 2 e2 lh malang x berbau kn...1 pengalaman yg x dapat d lupakan sampai bila2....

Tuesday, November 2, 2010

Friday, October 22, 2010

"rEnUnGkaNLaH''

nak kata dah kawin,rasanya belum lagi,
bila tanya bila nak khawin?
entah lah...x tau lagi..
perangai mengalahkan org dah khawin,
berkepit sana-sini,
padahal bukan muhrim,
ikut trend masa kini..
heran..pegang tangan tak takut dosa ke,
berpeluk-pelukkan x takut dosa ke,
x kasihan mak bapak ke,
hantar suruh belajar kau buat leka..
nak kata x belajar agama,
kecik-kecik mak bapak hantar,
sekarang nak salahkan siapa kalau buat dosa,
sendiri bangang coz x ikut apa yg d ajar..
belajar tinggi sampai gayat,
tapi x amal sepanjang hayat,
islam tu kan penyelamat,
bila nak amal?
tunggu sampai jadi mayat?
sana sini buat wayang,
orang tengok naik bengang
itu belum lagi rumput kat padang
kalau idup sure kena terajang..
dulu masa single okey je,
sekarang da couple banyak lak dosa,
bila org tegur buat derk je,
apa kulit da tebal nak masuk neraka..
bila kena tangkap khalwat,
buat muka jadi kelat,
malu mengalahkan ikan jelawat,
tambah muka penuh jerawat..
masa buat x tau malu,
ikut sangat telunjuk nafsu,
buat maksiat x segan silu,
sekarang lagu mana...susu dah jadi keju..
suruh sembahyang nanti..nanti..
boyfriend tepon terus pergi
nak bersyukur atas nikmat Allah x reti-reti,
boyfriend yang bagi bunga tulah dipuji-puji,
kesudahannya hari jumaat,
orang solat jumaat
dia bershoping bukan main ligat,
layan awek sampai penat..
kalau diri dah gatal sangat,
khawin je cepat lagi selamat,
ni couple xda matlamat,
saja suka-suka penuhi syarat..
orang couple dia ikut sama,
x sedar diri tu papa kedana,
papa ilmu papa agama,
macam mana bercinta cara islam itu nak di jana..
bukan mengata bukan mengumpat,
siapa suruh buat wayang x bertempat,
kalau x suka diri di umpat,
jangan buat benda x tepat..
bonceng sana sini,
bontot tertonggek x malu pulak
siap bangga x terperi,
dapat peluk pinggang balak..
balak kat depan mata malilau,
awek kat belakang bukannya nampak
siap mengurat muslimah yg pergi surau,
silap hari bulan sure kena sepak..
awek pulak bangang,
perangai macam lalang,
percayakan balak bergalang-galang
yelah..balak cover...belum pecah tembelang
pegang sana pegang sini,
x takut ker susut nilai,
khawin belum tentu lagi,
kalau x jadi x ke hilang permata bernilai..
tulah, Tuhan bagi akal x pakai,
Tuhan bagi hati x tahu menilai
diri sendiri yg lalai
baik buruk pun x reti nak nilai
kalau org cakap marah,
bila org nasihat melenting
"taulah..x payah susah-susah"
tau lak senyap bila da bunting..
la ni baru nak ingat Tuhan
itupun nasib baik ingat,
menagis dah x leh nak tahan,
baru sekarang menyesal bangat..
nasib baik Tuhan tu maha penyayang,
itupun nasib baik umur masih panjang
ada peluang nak mengucap panjang
mintak ampun,panjat doa memanjang..
perkara lepas jangan di kenang
pintu taubat terbuka luas,
hidup bukan untuk bersenang-senang
meraih & mencari redha Allah yang maha luas....



Saturday, October 2, 2010

Doa sEoRanG waNita

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM....

Ya Rabbul Arifin...
Seandainya Engkau telah takdirkan dia milikku,
Tercipta buatku,
Dekatkanlah hatiku dengan hatinya ,
Tetapkanlah kemesraan antara kami,
Mengiringi lautan luas ini,
Ketepian yang sejahtera.

Ya Rabbul Fatihin...
Seandainya dia telah engkau takdirkan,
Bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandangan ku,
Luput dari ingatanku
Dan peliharalah aku daripada kekecewaan,


Ya Rabbul Izzati...
Berilah aku kekuatan,
Melontar bayangan ke dada langit,
Hilang bersama senja merah,
Dan gelap pekat malam,
Agar aku bisa bahagia,
Meski pun tanpa dirinya.


Ya Malikkul Quddus...
Gantikanlah kembali yamg telah patah,
Meskipun tidak sama dengan dirinya
Biar sekuat manapun aku mengasihinya,
Ako pohon padaMu Tuhan,
Agar melenyapkan perasaan ini,
Seandainya benar dia bukan,
Ditakdirkan untuk diriku.
Tetapi seandainya,
Dia ditakdirkan untuk diriku,
Aku mohon kasih dan sayangMu,
Agar memperkuatkan kasihku padanya,
Selagi tidak melebihi kasihku pada Mu


Ya Rahman....Ya Rahim....Amin

Friday, August 20, 2010

6iCaRa hAti sEoRan9 wAniTa

segala puji hanya bagiMu Tuhan
lantaran telah menjadikan daku (seorang wanita)
dicipta dari tulang rusuk kiri adam
dengan seindah dan sebaik ciptaan

daku...
c tulang bengkok
yang KAU gubah dengan kekuatan perasaan
mengatasi panjang nya akal fikiran,sebagai fitrah dan anugerah
hasil doa seorang lelaki,namun ya Allah
biarlah kejadian ku menjadi guna
bengkok yang ada manfaat

kiranya daku menjadi seorang isteri,kurniakan lah padaku kekuatan
menjadi tulang belakang seorang suami
seorang mujahid,pengembang perjuangan di sayap kiri
di adun dengan kelembutan
menjadi teman sejati,sahabat setia,penyejuk mata,
pembina semangat,penguat jiwa
seanggun peribadi saidatina khadijah
ketanangan baginda Rasulullah,utusan Allah

bebas jiwa dari belenggu keperempuanan
yang memiliki sembilan nafsu
merdeka dari kepentingan peribadi
setulus sifat yang seringkali ditinggalkan suami,saidina Ali
dihantar pemergiannya tanpa bertanya
*bilakan pulang?*
disambut kepulangannya dengan penuh khidmat dan kemanisan
bersulamkan kemesraan


rumahtangga adalah syurga
wadah suburnya cinta ketuhanan
akal yang tunggal tidak dibiarkn
hanya berlega dicelah periuk belanga
di sebalik lipatan lampin anak
menjangkau kebangkitan Islam di alam sejagat


namun ya Allah
siapalah daku untuk memiliki 
watak wanita soleha pendamping nabi
dek keberkatannya mazmumah yang bersarang di hati
maka kurniakanlah daku 
sekeping hati yang sentiasa insaf
hak seorang suami
tidak kan mungkin akan ku penuhi
biar telah ku jilat nanahnya yang berlelehan
biar telah ku tadah kan wajah ku
buat mengusap debu di telapak kakinya...


dan sememangnya daku mengimpikan 
watak seorang ibu
yang bakal melahirkan
putera-putera secekal Musa'ab bin umar
menggadai dunia demi kasih Tuhannya
segigih Zubair ibnu Awwaam
yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya
hasil didikan seorang wanita bergelar ibu
jua memiliki puteri setabah dan seteguh Masyitah
rela direbus demi mampertahankan iman


meskipun daku bukan ibunya yang memiliki peribadi 
semurni Siti Fatimah
yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat ilahi
namun mudah-mudahan zuriatku bakal menampilkan mujahid-mujahid
yang rindu memburu syahid
srikandi-srikandi yang mampu memakmurkan muka bumi Allah
dengan ketakwaan,kesolehan,ramainya ummat Rasulullah
yang saling redha berkorban dan di korbankan
buat menyemarakkan Islam di akhir zaman


sebagaimana kisah seorang ibu yang telah kematian 
putera-puteranya di medan jihad
mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia
aduhai,kiranya aku punya seorang anak lagi
ku relakan dia turut gugur di jalan Ilahi


dan seandainya daku di takdirkan kehilangan mereka
setenang ummu faisal
yang tidak menjadikan suami dan anak-anaknya
halangan kecintaan padaMu ya Ilahi


redhailah daku yang dhaif ini sebagai hambamu
inilah pengaduan dan munajat
kiranya kekasihMu sendiri pernah menyatakan


*ku lihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita
*kejujuran mencerminkan peribadi..'be positive always':)

aKu daH ada blog...

wah....aku ada blog yahoooo...suka nya....